Friday, April 22, 2011

Be well-prepared...

22 April 2011
Hari ni aku sudah laksanakan nazraku nak cuba satu perubahan...dan bende tu boleh bertahan...
sampaikan aku demam hari ni...:)
Perubahan yang aku maksudkan ialah "anjakan paradigma" dalam berkomunikasi dan bersosial..
Memang nampak tak relevan jika aku rasakan perubahan ini hanyalah semata- mata kerana peperiksaan akhir yang akan bermula pada 25 April ni...
Namun niat aku memang nak cuba anjakan ni...
Alhamdulillah kian tenang aku rasakan...:)


"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) Orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan" - Surah Ali-Imran (3:133-134)

Syurga yang Allah janjikan pastinya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh mereka yang bertaqwa...
Aku ingin sekali merasakan bagaimana manisnya iman itu...
Sedikit demi sedikit aku dah dapat rasakan ...:)
InshaAllah, aku harapkan kebaikan senantiasa dikurniakan ke atas semua muslimin dan muslimah..:)

Perkara yang aku  nak ceritakan kali ni hanyalah kisaran peperiksaan akhirku yang akan berlangsung nanti. Minggu 1 dan 2 tidak menjadi masalah untukku hadapi tapi...
subjek-subjek di minggu 3 membuatkan aku terasa tergugat sebab subjek "Diplomasi" amat mencabar bagiku...
Aku mohon ke hadrat Illahi, permudahkanlah untukku menimba ilmu, dan bukalah pintu hatiku seluas-luasnya agar senang untuk mengingat dan menggunakan ilmu itu semula...
dan Ya Allah, aku mengharapkan dariMu agar peperiksaan ini memberikan keputusan yang cemerlang kepadaku...Amin...

Biarpun dimana kita berada, ingatlah bahawasanya Dia selalu memerhatikan kita dan perhubungan kita dengan Dia sentiasa "online", rintihan kita tetap Dia dengari...

No comments:

Post a Comment