Wednesday, June 15, 2011

Tujuh Perkara Tanda-Tanda Takut pada Allah

Kita sebagai manusia sentiasa inginkan sesuatu yang baru dan terkini.
Tapi ada kalanya apabila kita sudah capai keinginan itu, kita lupa yang Allah sentiasa memerhatikan kita dan kenikmatan tersebut boleh ditarik semula secara serta-merta tanpa sedar.Hebatnya kekuasaan Allah.
Sebagai orang Islam, kita seharusnya berasa takut kepada-Nya dan
Orang-orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul Laits telah berkata;

"Tanda-tanda takut pada Allah itu kelihatan tujuh perkara"

1) Lisan. Dia menghindarkan dirinya daripada ghibah, sebar fitnah, berbual kosong dan banyak berbual. Malah menyibukkan diri dengan berzikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.

2) Hati. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian itu dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasullulah telah bersabda;

"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."

Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.

3) Pandangan mata. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandang dengan iktibar. Rasullulah telah bersabda;

"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada Hari Kiamat."

4) Perut. Maka perutnya tidak diisi dengan barang yang haram. Sebagaimana Rasulullah bersabda;

"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat dari langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka."

5) Kedua-dua tapak tangan. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat pada Allah. Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata;

"Sesungguhnya Allah tidak menciptakan bangunan dari Zabarjud Hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut pada Allah".

6) Langkah perjalanan. Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat pada Allah, mencari keredhaan-Nya, serta bergaul dengan para ulama' dan orang-orang soleh.

7) Ketaatan. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik. Barangsiapa yang melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori yang diperkatakan oleh Allah SWT;

Ertinya; "Sesungguhnya orang-orang taqwa dalam kebun-kebun dan air mata(syurga)".


(Surah Al-Hijr : 45)


Kita seharusnya sentiasa berada di antara rasa takut dan berharap. Mengharapkan nikmat Allah tanpa rasa berputus asa tentunya di kemudian akan mendapat keredhaan Allah yang pasti...:)

No comments:

Post a Comment