Wednesday, May 25, 2011

Istidraj

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Saturday, April 30, 2011

Anda Semakin Matang Bila...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Friday, April 22, 2011

Be well-prepared...

22 April 2011
Hari ni aku sudah laksanakan nazraku nak cuba satu perubahan...dan bende tu boleh bertahan...
sampaikan aku demam hari ni...:)
Perubahan yang aku maksudkan ialah "anjakan paradigma" dalam berkomunikasi dan bersosial..
Memang nampak tak relevan jika aku rasakan perubahan ini hanyalah semata- mata kerana peperiksaan akhir yang akan bermula pada 25 April ni...
Namun niat aku memang nak cuba anjakan ni...
Alhamdulillah kian tenang aku rasakan...:)

Tuesday, April 5, 2011

OPS PBB (Perlis Banjir Besar)

1 April 2011
Penerangan ringkas tentang OPS PBB dibuat pada 1500H di Pejabat ALK. Penerangan tersebut menjelaskan tentang pergerakan untuk hari sabtu hingga ahad di perlis.
 Kedai makan pun dinaiki banjir...

Thursday, March 31, 2011

Masa...

Masa itu emas...
Semua orang tahu tapi adakah kita tahu bahawasanya ada dikalangan kita hanya menitikberatkan pasal masa pabila mereka berada dalam kesusahan...

Wednesday, March 30, 2011

Korupsi : Di mana pembelaan?

Menurut Dr.Erika Revida dari Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universiti Sumatera Utara (KORUPSI DI INDONESIA: MASALAH DAN SOLUSINYA) :

"Korupsi merupakan "Benalu Sosial" yang merosakkan struktur
pemerintahan, dan menjadi penghambat utama terhadap jalannya pemerintahan dan
pembangunan pada umumnya "

KORUPSI, RASUAH, DAN PENYELEWENGAN

Berikutkan dengan isu di atas, telah banyak perkara ini berlaku di Malaysia, meskipun di sektor pertahanan.
Isu ini tidak melibatkan mana- mana pihak, hanyalah untuk keterangan umum...
(Sedemikian diberi ruang kepada pemihak yang ingin memberikan pendapat masing-masing)