Thursday, March 31, 2011

Masa...

Masa itu emas...
Semua orang tahu tapi adakah kita tahu bahawasanya ada dikalangan kita hanya menitikberatkan pasal masa pabila mereka berada dalam kesusahan...

Maksudnya, apabila berada di dalam kesusahan, barulah rasa nak BERSYUKUR dengan masa yang ada...

Kalau masa boleh dikembalikan...
Senanglah kita nak betulkan balik apa yang kita tak nak dan mahukan yang lebih baik...

Kalau masa boleh diputarkan semula...
Kita boleh alami kembali masa lalu dan betulkan apa yang salah...

Tapi ianya mustahil dan TAKKAN BERLAKU....
Khayalan saja yang boleh menjadikan "BERLAKU"...

Tidak mustahil untuk masa itu diundurkan balik tapi...
Kekuasaan Tuhan, tiada siapa boleh tandingi...
Kesempatan ini aku ambil sebagai satu ruang untuk aku menrungkai semula memori yang aku simpan yang kini aku cuba untuk buangkan...
Aku tak mahu benda2 ni merunsingkan aku....
Meskipun aku tak lagi...
Sampai bila aku nak macam ni...


Sekolah ini banyak memberi aku memori manis dan pahit...
Ketika itu, aku hanyalah budak sekolah yang hanya tahu datang sekolah untuk belajar demi ayah dan bondaku,serta untuk masa depan ku...

Dari sekolah ni, aku dengan sahabatku merupakan "PELAJAR PERTAMA" dalam membawa imej ke "MAKTAB TAHFIZ Di-atas bukit"....:p
Tapi ketika itu masa berlalu begitu pantas...
Aku masih belum mengenal erti hidup berdikari...
namun aku cuba dan cuba untuk menetapkan minda aku sesungguhnya aku akan tinggalkan sekolah ini bersama dengan kawan-kawanku yang lain...

Dan sekarang, aku di sini...

Aku membawa diri aku dengan tabah ke kampus ini dengan membawa harapan ibu bapa...
Namun aku di sini mendapat pengalaman yang baru dan banyak....
Aku mahukan memori ini kekal dan sentiasa segar di minda...

Biarkan memori sekolah aku jadi sejarah dan inshaAllah aku takkan ungkit kembali ...:-p

No comments:

Post a Comment