Tuesday, March 29, 2011

Seepisod dengan Keadaan Sekeliling...

Malam ni aku mengambil sedikit ruang untuk melakar cerita2 yang kini sedang berlaku...


1) Spam Alert
Makin menjadi-jadi spam ni...serang situ,serang sini...secara langsung, aku pun kena serang gak...
Entah apa la motifnya agaknya...
Jenayah siber camne pun orang nak buat...memang gaya xde keje...

2)  Isu Rubella
Ini aku tak pasti sama ada U aku je kene ataupun U lain pun kene...Sebab ape??
Doktor swasta pun tahu pasal ni!!UPNM je kene kew??pelik,pelik...
Tanda-tanda awalnya adalah seperti demam, batuk-batuk dan ada ruam berwarna merah jambu...
Awas!kalau ada rasa kesihatan ada bukan pada tahap tanggapan anda, sila rujuk klinik berdekatan...

3) Isu Kecurian
Kenapa still ada kecurian sedangkan masing2 dapat elaun yang sama banyak...
Universiti luar pun camni gak ke??
Secara holistiknya, pencuri mencuri mungkin untuk kepuasan atau "saja2"...
Tapi pernah tak kita terfikir kenapa orang itu mencuri??
sahabat2 mungkin tak dapat bantu dia dalam bantuan kewangan tapi hanya mampu bagi nasihat (itu sudah memadai) :)

Seandainya matinya pencuri itu pada hari esok, tak sempat keampunannya nanti dipohon...Subhanallah...

4) Indahnya budaya memberi salam
Mendoakan kesejahteraan seseorang amat dikehendaki...
Tapi mereka hanya endah tak endah je pabila menjawab salam...
Cukup mudah! "Salam,tuan" ucapan dilontar...tapi menjawabnya dengan muka sombongnya...mana orang suka berbuat demikian...
Meskipun "MALAS' sangat nak jawab salam, cubalah kita lontarkan senyuman ataupun sapaan agar orang itu tahu yang kita mendengar pemberian salam mereka...

No comments:

Post a Comment